Posts

the loser

Perkara-perkara yang saya gagal lakukan pada suku pertama tahun ini: 1. Gagal jadi vegetarian sepenuh masa 2. Gagal siapkan mana-mana manuskrip tertangguh. 3. Gagal habiskan membaca banyak buku-buku sastera penting. 4. Gagal mencari pekerjaan tetap. 5. Gagal menahan nafsu membeli buku. 6. Gagal mendisiplinkan diri dengan aktiviti fizikal. 7. Gagal menjadi seorang yang independent. 8. Gagal simpan duit (sebab nafsu tsundoku). 9. Gagal bertemu makna hidup sendiri. Saya sudah letih mencari Tuhan. Saya juga sudah letih terapung teroleng-oleng di atas lautan. Setiap saat menunggu mati, kerana saya masih lagi seorang yang pengecut untuk menembak diri sendiri. Ada terlalu banyak perkara yang saya mahu tuliskan di sini sebenarnya, tapi menghadap sehelai kertas terpapar, saya jadi larut ke dalamnya tanpa mampu mencoret apa-apa. Setiap kali saya keluar dan berjalan di antara manusia yang saya tak kenali, terlalu banyak soalan-soalan filosofikal eksistensial yang tak terjawab mendes

Padam

Deaktif FB. Log out Twitters. Log out Instagram. Sekarang dunia saya sunyi kembali. Sekarang dunia saya aman kembali. Semalam. Mimpi LH. Saya menangis lepas bangun, badan dingin menggigil, terus saya ambil keputusan utk deaktif/log out media sosial. Saya dah lupa cerita dalam mimpi itu.

cant stop

I keep telling myself to stop reading Luke's, or to stop messaging him. But I can't, i have so many things to ask, to interrupt him, to fill out my curiosity. It is like, i keep interacting/distubing with him just for the sake of being existed on this Earth. It is like i would die if i stop myself from doing that. This love is a terrible one to get over it. Fuck it.

the aleph

Sebenarnya saya tak pernah sangka yang cerpen The Aleph oleh Borges yang ini adalah surat cinta. Kepada seorang perempuan bernama Estela Canto. Dia membuatkan saya rasa mahu menulis surat cinta juga. Kepada seorang lelaki bernama LH. Kepada seorang lelaki bernama SouL.

persatuan rahsia

Ini zaman yang agak teruk merudum sekarang. Dia kata, mungkin dia takkan dapat royaltinya. Berita yang menyedihkan. Saya sendiri berfikir, untuk berapa lama lagi saya akan terus bertahan dalam suasana sebegini? "Maybe it's time to destroy everything. Maybe it's time for a fictional secret society to change the course," saya jawab. Akhirnya lari masuk ke dalam fiksyen semula. Dunia ini hanyalah mimpi. Dia beritahu betapa setiap hari dia rasa sungguh horrible dan suicidal. "Please dont die," saya kata. Jangan tinggalkan saya seorang diri dalam dunia ini. Under the breath, i silently whisper, "If you really want to die, let's commit suicide together."

fusion

Mungkin paduan antara Ridhwan Saidi yang witty, humoris, hi-taste lagi psikedelik pop dengan LH yang gloomy, depresif, suicidal dan robotik akan menghasilkan makhluk baru yang lebih... bahaya? Dia beritahu saya tentang kekurangan humor dalam karya-karyanya. Saya kira mungkin dark humor lebih sesuai dengan LH dan raksasa dalam dirinya. Dia agak fragile, melindungi dirinya dengan exoskeleton. Dalam masa yang sama, dunia tak mungkin berubah mengikut kehendak manusia pencinta keamanan penentang kapitalis

tentang cerpen (dari orang lain)

Dari Kak Sri Rahayu: I look for a strong main character whom I can follow his point of view/voice. And konflik yg best.There are so many. Bm Cinta Ahmad Mutawakkil by Zainal Rashid Ahmad. English The pedestrian by Ray Bradbury. A good short story is a story with a stong main character & life-and-death conflict. Dari Appy: Saya cari cara dia bercerita dengan saya. Walaupun cerita dia tentang sesuatu yang biasa2 tapi cara penulisan dia best, saya akan suka. Walaupun jugak, saya tak faham apa yang dia nak sampaikan sebenarnya. Mcm syafiq ghazali punya cerpen kat cukaria baru2 ni. Saya tak faham apa maksud cerita dia tapi saya minat gaya penceritaannya. Dari Mior: 1. Gaya bahasa. Semua penulis ada style sendiri dalam menulis dan saya respect benda tu tapi sometimes, ada certain style yang saya tak boleh nak hadam langsung. This includes some yang macam terlalu berbunga ayatnya. Ataupun detailed sangat. Sebab buat saya rimas. Palahniuk salah satunya. Gabriel garcia marquez pun

Wiskipop

Ada sejalur sunyi melingkari ruh selepas membaca Wiskipop. Mungkin sunyi dan patah hati yang muncul dan bersembunyi di antara kata-katanya yang membuatkan saya suka dan dekat sekali dengan cerita-ceritanya. I could feel it lingering every breath, every puff of smokes, every drop of rains, every sleepless night, every tick of clock and every time he is staring into crowds inside this fragile city. Rasanya sangat patetik melankolik dan suicidal sekali. Dan ia mengingatkan saya kembali kenapa saya mahu menjadi penulis cerita.

selamat malam

Akan menulis berterusan di sini setiap hari, moga-moga. Sedang membaca Urban oleh Azrin Fauzi dan saya sudah jatuh cinta. Seems like he writes better than others. I can sense the present of Azmen, Murakami, Ridhwan, Keret and Syafiq Ghazali inside it. Baru separuh baca, mungkin lebih ramai lagi yang saya akan jumpa. Tuhan, buku ini terbit dua tahun yang lalu dan mengapa baru sekarang saya tergerak mahu membacanya?